Kader Du’at MUSLEH (KDM) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan atas inisiatif alumni-alumni yang telah mengikuti program lepasan SPM, Latihan Kader Du’at (LKD). Kini, KDM telah memasuki generasi ke-11 dalam perjalanan membina modal insan dengan jati diri Islam sebagai generasi yang menerajui ummah.

Visi

Kader Du’at Musleh menerajui dan didaya gunakan dalam relung- relung IKRAM.

Misi

  • Memastikan kelangsungan pembinaan du’at Musleh dalam dakwah dan tarbiyah IKRAM.
  • Menyediakan tenaga du’at yang menggerakkan kerja dakwah kampus.
  • Menyalurkan tenaga kerja untuk membantu sistem pentarbiyahan sekolah IKRAM Musleh.
  • Membantu persiapkan para du’at bagi menerajui kepimpinan IKRAM. 
  • Memperkasakan jaringan KDM sebagai sebuah organisasi yang kukuh.