IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan ditubuhkan pada 12 Disember 2010.
Visi
Melahirkan generasi pemimpin yang (menyerlah jauh daripada biasa) berdasarkan surah [Ali-Imran ayat 110] dan memenuhi 4 kriteria pemuda yang disebut oleh As-Syahid Imam Hasan al-Banna iaitu keimanan (keyakinan), keihklasan, semangat dan amal.
Misi
- Membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh
- Memiliki ciri-ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari dan seimbang secara berterusan.
- Mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.